fbpx

Golf Tourism Johor kutip dana RM1.12 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Abu Bakar (kiri) menerima replika cek dari Pengurus Urusan HSB Holding, Mohd. Shah Rahmat pada majlis santapan Diraja dan penyampaian hadiah Golf Tourism Johor di The Els Clus Desaru Coast, Kota Tinggi, 27 November lalu.

JOHOR BAHRU – Persatuan Pelancongan Golf Johor (JGTA) berjaya mengutip RM1.12 juta dari Penganjuran Pertandingan Golf Tourism Johor bagi merebut Piala Tunku Panglima Johor di The Els Club Desaru Coast, Kota Tinggi, 27 November lalu.

Kutipan dana tersebut yang diperolehi hasil sumbangan rakan penaja, wang tajaan serta hasil jualan menerusi aktiviti bidaan diserahkan kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.

Presiden JGTA, Mohd. Jamal Salleh berkata, pertandingan berprestij yang memasuki tahun keempat penganjurannya itu disertai oleh seramai 166 pemain golf termasuk dari United Kingdom, Belgium, Japan, Korea dan Indonesia.

Beliau berkata, kejohanan terbesar anjuran persatuan tersebut mendapat sokongan oleh Tourism Johor and Tourism Malaysia.

“Pertandingan Golf Tourism Johor bagi merebut Piala Tunku Panglima Johor terus berkembang saban tahun hingga mendapat penglibatan luar biasa daripada penglibatan pemain golf termasuk dari luar negara.

“Oleh jumlah peserta terlibat terlalu ramai, pertandingan tahun ini diadakan di dua padang berbeza iaitu Ocean Course membabitkan 58 peserta manakala 108 peserta lagi bersaing di Valley Course.

“Pertandingan itu turut mencipta sejarahnya tersendiri setelah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenaan hadir ke Majlis santapan Diraja dan Majlis penyampaian hadiah,” katanya dalam kenyataan hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI