fbpx

Cadangan buka VTL Laut dibincang Januari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni Mohammad menyaksikan pertukaran dokumen antara Pengarah Urusan Educity Iskandar Malaysia, Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi (kiri) dan Presiden Malaysia Board of Technoligists, Datuk Dr. Siti Hamisah Tapsir (kanan) sempena Majlis Pelancaran Perantis Iskandar (IIB) di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri, Johor hari ini. FOTO: RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Cadangan pembukaan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) Laut membabitkan perjalanan dua hala di perairan Johor ke Singapura akan dibincangkan Januari depan.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, inisiatif itu akan dipertimbangkan susulan kejayaan VTL Darat ke Terminal Larkin Sentral dan VTL udara ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Beliau berkata, VTL Laut itu nanti akan melibatkan perjalanan dua hala dari Desaru Coast Ferry Terminal (DCFT), Kota Tinggi ke Tanah Merah Ferry Terminal di Singapura.

Tambahnya, ini susulan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengemukakan cadangan pembukaan VTL laut melibatkan Malaysia-Singapura dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong baru-baru ini.

“Perdana Menteri Singapura beri reaksi bahawa perkara itu boleh dipertimbangkan. Perkara ini masih di peringkat perbincangan melibatkan Malaysia-Singapore Joint Ministerial Committee (JMC) antara kedua-dua negara.

“Melalui JMC yang dipersetujui kedua-dua negara akan diadakan perbicangan segera berkenaan pembukaan VTL laut. Mesyuarat JMC akan diadakan awal Januari ini. Mungkin satu jawatankuasa bersama (dapat ditubuhkan) membincangkan pembukaan VTL laut ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Perintis Iskandar di Kompleks Sukan Educity di Kota Iskandar di sini hari ini.

Mulai 29 November lalu, pengembara rakyat Malaysia dan rakyat republik itu yang lengkap dos suntikan vaksin dibenarkan pulang ke tanah air di bawah inisiatif VTL darat dan udara.

Bagi VTL darat, 1,440 pengembara perlu menggunakan khidmat bas dari Terminal Queen Street ke Terminal Larkin Sentral di sini tanpa perlu menjalani perintah kuarantin sebaik tiba ke destinasi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI