fbpx

ARNEX 2021 kukuhkan kerjasama pertahanan maritim serantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KD Lekiu belayar beriringan dengan kapal pembinasa Admiral Panteleyev milik Rusia semasa menyertai Eksesais ARNEX 2021 dekat perairan Indonesia baru-baru ini.

LUMUT – Kerjasama pertahanan maritim terus diperkasakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
menerusi penglibatan latihan bersama angkatan laut negara-negara serantau dengan Tentera Laut Rusia.

Eksesais ASEAN-Russia Naval (ARNEX) 2021 ini juga mencacat sejarah tersendiri apabila buat julung-julung kali melibatkan negara kuasa dunia tersebut di perairan sebelah sini.

TLDM menerusi hantaran dalam laman Facebook rasmi memberitahu, eksesais berlangsung di sekitar perairan Belawan dan Sabang, Indonesia mulai 28 November hingga 4 Disember lalu.

Menurut paparan tersebut, latihan multilateral ini telah menggariskan objektif untuk memperkasakan kesefahaman dan meningkatkan operasi bersama antara angkatan laut serantau.

“Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL) telah diberikan penghormatan selaku penganjur bagi eksesais edisi ini.

“Selain penglibatan aset angkatan laut Rusia, ia turut melibatkan aset-aset gabungan dari tujuh angkatan laut ASEAN manakala tiga negara lagi terlibat sebagai pemerhati secara maya,” ujar kenyataan tersebut.

Keseluruhan sebanyak lapan buah kapal perang dan empat aset udara terlibat dengan TLDM menghantar frigat KD Lekiu.

Aset negara lain ialah kapal pembinasa Admiral Panteleyev milik Rusia, KRI I Gusti Ngurah Rai (TNI-AL), RSS Vigour (Singapura), KDB Daruttaqwa (Brunei), HTMS Kraburi (Thailand), UMS Kyan Sittha (Myanmar) dan VPNS Ly Thai To (Vietnam).

Eksesais ini juga telah menguji keupayaan kesemua angkatan laut yang terlibat dalam dimensi peperangan konvensional.

Antaranya melibatkan latihan peperangan permukaan, manuver taktikal, mencari dan menyelamat, pendaratan helikopter dan komunikasi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI