fbpx

Tok Mat selar Abdul Hadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tok Mat selar Abdul Hadi yang inginkan Bersatu bersama dalam MN

PETALING JAYA – Piagam Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai UMNO dan Pas sebelum ini tidak ditubuhkan dengan matlamat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mesti menjadi sebahagian dari penubuhannya.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, UMNO tidak pernah mungkir pada piagam MN dengan menyelar pandangan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Pandangan beliau bahawa UMNO telah memungkiri piagam MN sebenarnya tidak benar.

“Justeru, untuk memaksa UMNO menerima PPBM adalah bercanggah dengan semangat sebenar MN itu diasaskan,” katanya di Facebook hari ini.

Tambah Mohamad, memang benar MN harus memayungi semua orang Melayu, namun harus dilihat kemasukan (parti lain) yang dibawa perlu serasi dengan kepentingan UMNO dan Pas.

“Kerana itu, UMNO tidak pernah mengajak PKR, Amanah, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) ataupun Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk menyertai MN,” jelasnya.

Sementara itu, beliau mengingatkan agar janganlah kita melakukan sesuatu yang akhirnya akan menjauhkan lagi orang Melayu daripada MN.

Terdahulu, Abdul Hadi mempersoalkan penolakan UMNO terhadap Bersatu sedangkan parti itu boleh menjalinkan kerjasama dengan parti bukan Islam sebagai rakan komponen dalam Barisan Nasional (BN).

Jelas Abdul Hadi, penolakan terhadap Bersatu tidak seharusnya berlaku kerana sehingga kini Pas teguh bersama prinsip MN yang mahu bekerjasama dengan parti Melayu Islam serta parti bukan Islam yang tidak ekstrem. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI