fbpx

Tiga remaja terlibat aktiviti perjudian ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Roze Shaari (dua dari kanan) menunjukkan hasil rampasan dalam Op Dadu di IPD Kuala Muda di Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Polis menahan 13 individu termasuk tiga remaja bawah umur dipercayai terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian di sebuah rumah teres di sini pada 25 November lalu.

Kesemua suspek terdiri daripada 10 lelaki dan tiga wanita warga tempatan berusia antara 16 hingga 64 tahun itu ditahan pada pukul 6.30 petang.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd. Roze Shaari berkata, mereka ditahan ketika sedang leka menjalankan aktiviti perjudian jenis dadu secara langsung.

Beliau berkata, aktiviti perjudian tersebut menggunakan modus operandi perjudian secara langsung menerusi aplikasi WeChat.

“Ini adalah modus operandi pertama yang dikesan dan berjaya ditumpaskan di negeri ini.

“Penganjur menjadikan rumah yang disewa sebagai tempat menjalankan aktiviti ini secara langsung tanpa kehadiran pemain dan akan berpindah jika kegiatan mereka dikesan pihak polis,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini hari ini.

Menurutnya, semua transaksi wang pertaruhan dijalankan secara perbankan dalam talian dan jumlah pertaruhan dianggarkan antara RM10,000 hingga RM15,000 sehari.

“Tiada wang tunai yang dirampas dalam serbuan tersebut namun polis telah merampas beberapa barangan yang digunakan untuk aktiviti perjudian tersebut.

“Antara barang dirampas ialah komputer dan komputer riba, wifi mudah alih, kalkulator, set permainan judi iaitu piring kecil dan mangkuk kecil bersama buah dadu dan telefon bimbit,” ujarnya.

Tambahnya, polis kini sedang mengesan seorang lelaki warga tempatan berusia 52 tahun dipercayai penganjur aktiviti perjudian tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI