fbpx

Sopan, ramai puji penampilan percutian Zizi Kirana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERCUTIAN bahagia Zizi dan Yusuf di sebuah pulau.

SEBELUM ini, Zizi Kirana pernah terkenal dengan imej seksi, namun semuanya telah lama terkubur.

Beberapa hari lalu, penyanyi lagu Eh itu mencuri perhatian ramai dengan imej muslimahnya sepanjang percutian bersama suami, Yusuf Bahrin.

Manis bertudung labuh, memakai blaus panjang longgar dan berstoking. Begitulah penampilan yang digayakan Zizi walaupun dia berada di tepi pantai.

Memang sejuk saja mata memandang Zizi. Sangat terjaga auratnya walaupun sedang menikmati percutian di sebuah pulau.

“Lihatlah wahai manusia, siapa sangka yang dahulu dihina kerana pemakaiannya tetapi akhirnya menjadi wanita solehah buat suami,” puji seorang pengguna TikTok.

Lebih mengejutkan Diva, ada netizen dari Indonesia yang menitiskan air mata kerana terharu melihat kebahagiaan Zizi dan Yusuf.

Lain macam sungguh penangan pasangan ini. Semoga kekal bahagia dan diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata yang comel-comel.

DIVA: Agak-agaknya siapa yang bakal menjadi peserta pertama meninggalkan pentas Gegar Vaganza musim kelapan malam ini?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI