fbpx

Sentuhan Conte terus julang Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HEUNG-MIN menggesa rakan-rakan sepasukan supaya tidak mudah mengalah dengan menunjukkan permainan lebih berkualiti pada saingan Liga Juara-Juara awal pagi esok. – AFP

LONDON – Tottenham Hotspur meneruskan rentak cemerlang di bawah kendalian pengurus baharu, Antonio Conte apabila mencatat kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pada pertemuan menentang Norwich City di Stadium Tottenham Hotspur sebentar tadi, Spurs mendominasi sepenuhnya permainan untuk melakar kemenangan 2-0 ke atas pendatang baharu liga itu.

Menerima sokongan padu puluhan ribu penyokong sendiri, Spurs tidak menunggu lama apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain tengah, Lucas Moura yang melakukan percubaan dari luar kotak penalti.

Norwich yang sekali-sekala melakukan serangan menerusi penyerang, Teemu Pukki bagaimanapun gagal untuk menembusi benteng pertahanan Spurs yang diketuai Eric Dier.

Biarpun banyak mencipta peluang, namun pasukan tuan rumah gagal untuk memanfaatkannya walaupun jentera serangan dibarisi pemain-pemain berkaliber seperti Moura, Harry Kane dan Son Heung-min.

Bersambung separuh masa kedua, Norwich hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-69 menerusi Adam Idah, namun gagal untuk menjaringkan gol biarpun pintu gol sudah terbuka luas.

Spurs terus menggandakan kedudukan apabila bek kanan, Davinson Sanchez menanduk masuk sepakan penjuru Heung-min, sekali gus meletakkan pasukan pelawat dalam keadaan tertekan.

Sepuluh minit berselang, giliran Heung-min pula meledak gol ketiga Spurs apabila bijak mengawal bola sebelum menggegarkan gawang Norwich, sekali gus melengkapkan hari cemerlang pasukan tersebut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI