PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat bagi negeri Sabah dan Sarawak petang ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata, penduduk di kedua-dua negeri itu dinasihatkan supaya bewaspada ekoran cuaca buruk yang dijangka berlaku sehingga pukul 5 petang.
“Di Sabah, kawasan yang terlibat antaranya Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas).
Sementara itu, beberapa kawasan di Sarawak turut menerima amaran sama termasuk di Kapit dan Bintulu (Tatau dan Sebauh). – K! ONLINE.