KUCHING- Parti Sarawak Bersatu (PSB) mengesahkan bertanding di 70 kerusi Dewan Undangan Negeri (PRN) Sarawak berbanding 82 seperti yang diumumkan sebelum ini.
Presidennya, Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, keputusan akhir itu dibuat bagi menumpukan misi mendapatkan kerusi yang boleh dimenangi.
“Kita tidak akan bertanding di semua kerusi, bukan sebab kita tidak cukup calon berkualiti tetapi kita mahu menumpukan sepenuh perhatian memenangi lebih banyak kerusi,” katanya dalam satu sidang akhbar khas tadi.
Menurutnya, PSB akan mempertaruhkan 70 calon termasuk 10 calon wanita pada PRN kali ini.
Pada PRN kali ini, Soon Koh bakal bertanding bagi mempertahankan kerusi DUN Bawang Assan yang disandangnya selama enam penggal sejak 1991.
Selain itu, Ahli Parlimen Selangau yang juga bekas Menteri Kerja Raya, Baru Bian turut bertanding di DUN Ba’kelalan. -K! ONLINE.