fbpx

Polis rekod keterangan tujuh individu insiden perarakan kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular perarakan kematian di Little India, Ipoh semalam yang diiringi helikopter.

TANJUNG MALIM – Polis telah merekodkan percakapan tujuh individu bagi membantu siasatan insiden perarakan kematian diiringi sebuah helikopter yang terbang rendah di Little India Ipoh, Sabtu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, mereka yang dipanggil untuk memberi keterangan ialah juruterbang, pengurus Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), pengurus syarikat acara, waris, pengurus mayat, pengurus syarikat helikopter dan pemilik kuda.

“Berdasarkan siasatan, perarakan itu tidak dimaklumkan kepada mana-mana pihak berkuasa dan ia juga diadakan secara ad hoc.

“Hasil siasatan, mereka pada mulanya tiada perancangan untuk mengadakan perarakan tetapi anak-anak si mati mengambil keputusan membuat perarakan untuk membawa mayat ke tanah perkuburan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (Kor Suksis) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2021 di Dewan Sultan Idris Training College (SITC) di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, daripada siasatan yang dijalankan, helikopter yang melakukan penerbangan rendah pada perarakan itu mempunyai kebenaran daripada pihak CAAM.

“Kita sedang melengkapkan siasatan dan akan merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya atau Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI