fbpx

Pihak berkuasa agama negeri perlu panggil Suhaimi Saad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris menyampaikan bantuan pada Majlis Forum Erti Hidup di Kampung Masjid Ijok dekat Larut hari ini- Wat Kamal Abas

LARUT – Pihak Jabatan Agama Islam negeri diminta untuk mengambil tindakan dalam isu bekas anggota kumpulan nasyid, Suhaimi Saad berhubung kenyataannya yang menolak ‘Allah ada di mana-mana’.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, dalam isu tersebut pihak berkuasa agama Islam negeri mempunyai kuasa penuh untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Jangan pula kata kenapa pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak ambil tindakan kerana dalam soal agama kita hormat bidang kuasa negeri.

“Dalam isu ini kita akan meminta pihak pengurusan agama negeri selesaikannya,” ujarnya kepada pemberita semasa ditemui selepas merasmikan majlis penutup Forum Hidup Penuh Erti di Kampung Masjid Ijok di sini hari ini.

Mengulas lanjut tentang isu selebriti berkenaan, Idris berkata, tidak sepatutnya dalam era perkembangan ilmu dalam generasi zaman canggih ini masih ada individu atau kelompok berpandangan begitu.

“Golongan yang tak percaya agama ini hanya wujud sekitar tahun 60an dan 70an dahulu dan ianya semakin hilang setelah berbagai usaha dakwah dijalankan dimerata tempat.

“Kita harap perkara ini tidak berpanjangan. Individu tersebut perlu dipanggil dan diberi nasihat padanya dan sekiranya berdegil barulah kita ambil tindakan undang -undang,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI