SELEPAS lima bulan ditempatkan di pusat pemulihan dadah di Fan Campus Bogor, Jawa Barat, Indonesia, aktres Nia Ramadhani dan suaminya, Ardie Bakrie dilaporkan berada dalam keadaan baik dan semakin giat mendalami ilmu agama.
Peguam mereka, Wa Ode Nurzainab memberitahu, pasangan suami isteri itu menunjukkan perkembangan positif dan baik.
Sejak dimasukkan ke sana sekitar Julai lalu, mereka berasa sangat menyesal atas kesalahan yang dilakukan.
“Nia semakin giat mendalami ilmu agama dengan bantuan guru di sana.
“Mereka banyak belajar daripada hukuman yang perlu dijalani. Kedua-dua mereka kini sangat menyesal dan sedang memperbaiki diri untuk menjadi manusia yang lebih baik,” kata Wa Ode dalam satu kenyataan kepada media tempatan.