PETALING JAYA – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, melahirkan rasa rindu kepada adindanya, Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ismail yang telah genap enam tahun pemergiannya.
‘Miss you Lil. Love you (Rindu awak adik. Sayang awak)’, luahan pendek dan ringkas tapi cukup menggambarkan perasaan TMJ yang sangat menyayangi adindanya.
Terdahulu, anakanda keempat kepada Sultan Johor Sultan Ismail, Tunku Abdul Jalil mangkat pada 5 Disember 2015 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru ketika berusia 25 tahun akibat kanser hati.
Sementara itu, status yang dimuat naik TMJ di laman Facebook telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna yang lain.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, Amin ya Rabbal Alamin. al Fatihah,” kata Supiah Abd Kair.
“Almarhum Tunku Laksamana Johor insan yang merendah diri bersama rakyat dan hebat semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman Amin, al Fatihah,” kata Hafiz Elias.
“Merafak sembah takziah patik ucapkan kepada TMJ serta kerabat Diraja Johor bersempena memperingati Hari Kemangkatan Tunku Abdul Jalil. Semoga Allah merahmati dan mengampuni serta mencucuri roh Almarhum. al Fatihah,” kata Muhd Yusri Yusof. – K! ONLINE.