fbpx

Lemah ujian pinjaman, juruteknik ditipu RM11,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Seorang juruteknik syarikat swasta berputih mata apabila bukan sahaja tidak dapat pinjam RM40,000, malah rugi RM11,000 selepas ditipu oleh dua lelaki menyamar sebagai pegawai bank.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Ab. Ghani berkata, penipuan bermula apabila mangsa berusia 40 tahun melayari laman web sebuah bank pada 29 November lalu.

Katanya, mangsa kemudian telah menghantar mesej menerusi aplikasi WhtasApp kepada dua nombor bagi mendapatkan maklumat mengenai pinjaman yang ditawarkan itu.

“Mangsa telah berurusan dengan dua individu bernama Jefri dan Maikel yang mendakwa wakil dari bank berkenaan dan menguruskan pinjaman mangsa.

“Kedua-dua individu berkenaan meminta butiran peribadi mangsa dan mangsa menyerahkan segala apa yang diminta melalui WhatsApp,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aibee berkata, mangsa diminta membayar sebanyak RM2,000 kepada pihak bank untuk urusan scoring dan pada 2 Disember kira-kira 11.54 pagi, dan telah membuat pemindahan wang ke dua akaun sebanyak RM2,000.

Menurutnya, selepas itu mangsa diminta untuk membuat pembayaran sekali lagi ke atas akaun yang sama sebanyak RM2,000 kerana dikatakan markah mangsa rendah untuk pinjaman tersebut.

“Selepas itu, mangsa diminta untuk membuat pemindahan yang sama sebanyak RM4,000 untuk akaun lain dan diminta sekali lagi untuk membuat transaksi sebanyak RM3,000 untuk mengaktifkan pinjaman berkenaan.

“Mangsa telah meminta bantuan adiknya di Johor untuk membuat pembayaran ke atas akaun yang diberikan seperti yang diminta.

Menurutnya, mangsa diminta sekali lagi membuat bayaran sebanyak RM3,060 untuk tujuan scoring dan mengaktifkan akaun, namun tidak berbuat demikian kerana mula merasa tertipu.

“Mangsa telah pergi ke bank berkenaan untuk bertanya sendiri mengenai dua pekerja tersebut dan telah berurusan bagi pinjaman wang.

“Namun pihak bank menyatakan kad pekerja berkenaan tidak sama dengan pihak bank serta meminta mangsa membuat laporan polis berikutan berlakunya unsur penipuan.

Menurutnya, mangsa telah membuat laporan di Balai Polis semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI