TANPA disangka, lagu nyanyian pelakon jelita Kriti Sanon berjudul Param Sundari yang dipetik daripada filem Mimi menyebabkan kehidupan seorang lelaki ‘musnah’.
Tetapi, semuanya hanyalah gurauan kerana individu itu mendakwa tajuk lagu tersebut sama seperti namanya, Param Chhaya.
“Ketika kecil, tiada apa yang pernah mengganggu saya. Saya tak pernah marah kalau orang ejek nama akhir atau nama penuh saya.
“Tapi sejak lagu Kriti Sanon, Param Sundari dilancarkan, saya dibuli sekurang-kurangnya 1,000 kali. Kenapa awak buat begini, Kriti Sanon. Kenapa hancurkan hidup saya,” selorohnya menerusi satu ciapan dalam Twitter.
Hantaran tersebut kemudiannya mendapat respons daripada Kriti yang ternyata terhibur dengan gurauan lelaki terbabit.
Penyanyi itu memahami gurauan yang disampaikan lelaki itu sebelum kemudian memohon maaf dalam nada berseloroh.
“Opss! Maafkan saya,” ujarnya sambil meninggalkan emoji ketawa.