fbpx

Demi hotwheels, SOP ‘kelaut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa lelaki dewasa sedang bersesak berebut mainan hotwheels dan keadaan di luar premis terbabit.

PETALING JAYA – “Bagai gula dihurungi semut. Itu situasi yang boleh digambarkan apabila sekumpulan lelaki berasak-asak mengerumuni rak kereta mainan hotwheels di sebuah kedai permainan.

Aksi tersebut berlaku di sebuah cawangan kedai mainan terkenal ketika pembukaan rasmi butik beli-belah Pavilion Bukit Jalil kelmarin.

Lebih mengejutkan, kebanyakan yang ‘berkerumun’ di rak tersebut adalah lelaki dewasa yang tanpa segan silu berebut memilih mainan terbabit.

Tidak dapat dipastikan sama ada mainan dirak tersebut diberikan percuma atau sebaliknya.

Namun, Kosmo! di fahamkan sempena pembukaan rasmi pusat beli-belah itu, kedai mainan terbabit menawarkan potongan harga sehingga 60 peratus untuk barangan terpilih.

Menerusi gambar yang dikongsi pengguna Facebook dikenali sebagai Saravanan Kumar itu, kelihatan beberapa orang lelaki sedang berasak-asak mengerumuni rak mainan terbabit.

Mereka juga dilihat telah mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti penjarakan fizikal semasa berada di kawasan awam.

Turut dikongsi di laman Facebook berkenaan adalah kesesakan teruk di kawasan sekitar pusat beli-belah terbabit dan keadaan di dalamnya yang dipenuhi orang ramai.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen mengecam tindakan mereka yang mengabaikan SOP hanya kerana kereta mainan.

“Perangai lebih teruk dari kanak-kanak, hanya kerana kereta mainan, SOP semua kelaut. Kalau macam ini perangai orang kita, sampai bila-bila pun Covid-19 tak akan hilang dari negara kita,” tulis Pandak Atan.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Lin Kamariah.

“Omicron sedang memerhati, awas kamu semua. Kalau virus itu merebak dan kamu semua positif, jangan salahkan orang lain, tapi salahkan diri sendiri yang bebal,”tegasnya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI