fbpx

Cuaca buruk berterusan di Sarawak pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi negeri Sarawak yang dijangka berlaku sehingga lewat pagi ini.

MetMalaysia dalam laporan cuaca di Youtube berkata, penduduk di bahagian Mukah termasuk perairan dan perkapalan negeri berkenaan dinasihatkan agar sentiasa mengambil cakna mengenai keadaan semasa.

“Di Semenanjung, hujan renyai mula memasuki beberapa kawasan di sekitar pesisir pantai negeri Pahang dan Johor timur ketika ini,” katanya.

Sementara itu, beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung diramal menerima taburan hujan yang rendah manakala cuaca panas dan kering di sebelah utara dan pantai timur. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI