fbpx

Tradisi kahwinkan kucing di Banyuwangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan kucing yang dikahwinkan akan diarak seperti pengantin. - Eastjava.com

JAKARTA – Tradisi mengahwinkan kucing dan mengiringi haiwan itu seperti pasangan pengantin baharu sebagai tanda kesyukuran dalam upacara yang dipanggil ‘Mantu Kucing’ sudah sebati dengan masyarakat Banyuwangi di wilayah Jawa Timur, lapor laman berita Suara.com semalam.

Tradisi yang dilakukan oleh Penduduk Dusun Curahjati, Kampung Grajagan, Purwahojo itu adalah merupakan ritual tahunan yang dibuat sebagai tanda kesyukuran, memohon keselamatan dan meminta hujan.

Mantu Kucing cukup unik kerana pasangan kucing yang dikahwinkan akan diarak oleh penduduk kampung untuk menuju ke tempat ritual.

Tempat ritualnya adakah sumber mata air di kawasan tersebut.

Panglima Tentera Daerah Purwoharjo, Kapten Infanteri Dahlan berkata, biarpun ketika ini merupakan musim hujan, masyarakat setempat tetap melaksanakan ritual tersebut.

“Hal ini kerana selain dipercayai boleh memberikan hujan, ia juga adalah sebagai simbol meminta keselamatan,” katanya. -AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI