fbpx

Sekolah diingatkan tidak sembunyikan kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi bertanyakan sesuatu kepada pelajar yang menerima peranti dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Pendidikan Digital AEON Sayap Bagimu di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darul Aman di Jitra, hari ini.

JITRA – Pihak pengurusan sekolah di seluruh negara diberi amaran supaya tidak sama sekali menyembunyikan sebarang kes positif Covid-19 melibatkan guru dan pelajar.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pihak pengurusan sekolah akan dikenakan tindakan tegas sekiranya perkara itu dikesan berlaku.

Katanya, tindakan menyembunyikan kes tidak seharusnya berlaku memandangkan langkah segera perlu diambil bagi memastikan penularan Covid-19 di sekolah-sekolah dapat dihentikan secepat mungkin.

“Setakat ini tiada lagi sekolah yang cuba ‘menyorok’ kes positif Covid-19 dari pengetahuan pihak kementerian. Dalam hal ini, kita amat tegas di mana tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menyembunyikannya.

“Setiap kes yang berlaku perlu dilaporkan segera supaya kita boleh mengambil tindakan secepat mungkin. Seperti yang berlaku di Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya contohnya, saya sendiri turun sebanyak dua kali bagi melihat pendekatan terbaik untuk menguruskannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan Pendidikan Digital AEON Sayap Bagimu di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darul Aman di sini hari ini.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI