fbpx

Sate semurah 50 sen secucuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. SURIADI menunjukkan secucuk sate ayam yang dijual pada harga 50 sen di kedainya di Tok Uban, Pasir Mas semalam.

PASIR MAS – Sepasang suami memilih untuk mengekalkan jualan sate ayam pada harga 50 sen secucuk di kedai Tok Ubah di sini biarpun terpaksa berdepan kenaikan kos bahan mentah seperti ayam dan daging ketika ini.

Siti Rajihah Ismail, 25, dan Mohd. Suriadi Mohd. Nazri, 29, mengakui gembira dapat berbuat demikian kerana jualannya sentiasa mendapat permintaan ramai walaupun memperoleh keuntungan yang sedikit.

Menurut Siti Rajihah, disebabkan harga murah, dia dan suami tidak menang tangan untuk me­layan permintaan pelanggan yang manu menikmati hidangan sate tersebut yang baru ber­operasi sejak tiga minggu lalu.

Menurutnya, pada peringkat permulaan sebelum ini, dia ha­nya menjual sebanyak 300 cucuk sate, namun kini sudah mence­cah sehingga 1,000 cucuk sate ayam dan daging setiap hari.

“Selain harga murah, rasa yang enak turut menjadi pelengkap kepada sate ayam dan daging ini.

“Gerai sate saya mula dibuka bermula pukul 5 petang hingga 10 malam,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Siti Rajihah memberitahu, perniagaan sate secara kecil-kecilan itu dijadikan sebagai pendapatan sampingan bersama suami dalam usaha mengukuhkan ekonomi keluarga yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Menurutnya, sebelum ini , dia berniaga keropok ikan di pasar Tasek Raja, namun terpaksa berehat selepas mengalami alahan mengandung anak kedua.

“Jadi, saya mengambil keputusan untuk berniaga sate dan suami bersetuju membantu kerana pada waktu pagi, dia menjaja ikan di sekitar kawasan Pasir Mas.

“Alhamdulillah, hasil jualan ini dapat membantu mengukuhkan lagi sumber kewangan kami sekeluarga,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI