fbpx

Rumah teres dua tingkat jadi stor rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai PPM menunjukkan rokok seludup yang dirampas dari rumah teres dua tingkat di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

KLANG – Taktik licik sindiket pengedaran rokok seludup menjadikan rumah teres dua tingkat di Taman Overseas Union, Jalan Klang Lama dekat sini sebagai stor terbongkar selepas diserbu Pasukan Polis Marin (PPM), semalam.

Dalam serbuan pukul 3.30 petang itu, PPM berjaya merampas 6,910 karton pelbagai jenis rokok bernilai RM759,434.88 termasuk cukai, namun tiada tangkapan dilakukan.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, pembongkaran itu hasil intipan PPM Pelabuhan Klang menerusi Op Contraband terhadap sebuah kereta jenis Proton Persona yang baharu selesai menghantar rokok tidak bercukai di Telok Gong di sini.

Katanya, pasukan serbuan kemudian mengekori kereta itu ke sebuah rumah di Taman Overseas Union.

“Pihak kami terpaksa memanjat pagar dan memasuki rumah tersebut setelah panggilan tidak bersahut.

“Pemeriksaan mendapati penghuni dipercayai telah lari melalui pintu belakang. Kami menemui rokok disyaki tidak bercukai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan siasatan awal, rumah itu disewa sindiket dengan rokok berkenaan dipercayai untuk pasaran sekitar Lembah Klang.

“Hasil pemantauan hampir sebulan ke atas sindiket ini mendapati mereka bergiat aktif menggunakan pelbagai jenis kenderaan bagi tujuan pengedaran.

“Sindiket juga dipercayai mempunyai banyak lokasi yang dijadikan stor transit,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI