fbpx

Ronaldo ledak 801 gol, pikat Rangnick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO berada dalam kelas tersendiri selepas meledak dua gol ketika menewaskan Arsenal awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Berita keputusan Michael Carrick meninggalkan pasukan dan gol ke-801 Cristiano Ronaldo melengkapkan cerita suka duka Manchester United selepas menewaskan Arsenal 3-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam.

Kejayaan Ronaldo meledak dua gol buat United juga menjadi detik tepat buat bintang Portugal itu cuba menarik perhatian pe­ngendali sementara, Ralf Rangnick yang turut hadir menyaksikan perlawanan di tempat duduk penonton di Stadium Old Trafford.

Sebagai rekod, Ronaldo kini sudah meledak 130 gol buat The Red Devils diikuti 450 jaringan bersama Real Madrid, Juventus (101 gol) dan Sporting Lisbon (lima gol) selain turut muncul penjaring terbanyak Portugal dengan 115 gol.

Pencapaian hebat pemenang lima Ballon d’Or itu selain kemenangan ke atas Arsenal selaku musuh tradisi United dilihat sebagai hadiah perpisahan terbaik buat Carrick selepas memilih untuk mengundurkan diri daripada barisan kejurulatihan pasukan itu.

“Ini adalah 100 peratus keputusan saya. Saya fikir ini adalah perkara tepat buat kelab dan Ralf (Rangnick).

“Kesetiaan kepada Ole (Gunnar Solskjaer) adalah salah satu faktor tetapi masih ada banyak sebab lain yang membuatkan saya mengambil keputusan ini,” kata Carrick.

Dalam aksi itu, United berjaya memperoleh tiga gol menerusi satu jaringan Bruno Fernandes dan dua daripada Ronaldo, manakala gol-gol Arsenal di­jaringkan oleh Emile Smith Rowe serta Martin Odegaard.

Kemenangan itu penting buat Rangnick yang bakal mengambil alih pasukan apabila cuma dibezakan tiga mata dengan kelompok empat teratas.

Tiga mata itu juga melengkap­kan tugas sempurna Carrick sebagai pengendali sementara selepas mengemudi United la­yak ke peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara selain mengikat juara Eropah, Chelsea 1-1 dalam aksi EPL minggu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI