fbpx

Perak sambut baik projek ladang solar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani menurunkan tanda tangan pada panel solar semasa melakukan gimik pelancaran majlis pecah tanah Projek Berskala Besar 50MWac Ranhill Solar 1 di Ladang Bikam, Bidor dekat Tapah petang tadi.

TAPAH – Kerajaan negeri Perak bersedia untuk meneroka sumber tenaga boleh diperbaharui menerusi inisiatif solar yang merupakan alternatif kepada tenaga hidro menggunakan sungai sebagai sumber utama.

Ini kerana penghasilan tenaga hidro sering dikaitkan dengan ancaman kepada alam sekitar dan juga komuniti berdekatan.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, apabila membangunkan tenaga hidro, sungai-sungai yang menjadi sumber air bagi masyarakat orang asli akan terganggu, selain menjejaskan ekosistem hutan.

Sehubungan itu katanya, teknologi dalam industri tenaga solar dilihat sebagai industri yang sentiasa berkembang maju dan peningkatan penggunaannya juga akan terus berlaku pada masa akan datang.

“Sebab itu saya menyambut baik pembangunan ladang solar yang dilaksanakan oleh syarikat penyedia perkhidmatan tenaga solar, Ranhill Solar 1 Sdn Bhd iaitu anak syarikat milik sepenuhnya Ranhill Utilities Berhad (RUB).

“Bukan itu sahaja, pencemaran berkaitan tenaga solar adalah jauh lebih rendah berbanding sumber tenaga yang lain,” ujarnya semasa berucap pada majlis pecah tanah Projek Berskala Besar 50MWac Ranhill Solar 1 di Ladang Bikam, Bidor dekat sini petang tadi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI