fbpx

Penutup terbaik pada tahun 2021 – Bonnie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BONNIE muncul juara selepas melakukan angkatan seberat 210kg pada Kejuaraan Powerlifting Para Dunia 2021 di Tbilisi, Georgia kelmarin.

SELEPAS meraih emas di Sukan Olimpik Tokyo, jaguh ­powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin mengekalkan angkatan terbaiknya selepas menjuarai Kejuaraan Power­lifting Para Dunia 2021 di Tbilisi, Georgia kelmarin.

Atlet kelahiran Sarawak itu berjaya meraih pingat emas dalam kategori 72 kilogram (kg) selepas melakukan angkatan seberat 210 kilogram (kg), sekali gus menewaskan wakil China, Hu Peng untuk meraih perak dengan angkatan 196kg dan gangsa milik atlet Mesir, Ibrahim Shaaban (195kg).

Bagaimanapun, Bonnie me­ngakui dia turun pada kejohanan itu tanpa sebarang tekanan, selain hanya mahu membawa pulang pingat emas dan mempertahankan kemenangan.

“Saya akui selepas meraih emas di Tokyo, saingan pada kejuaraan dunia bukan mudah. Jadi jurulatih hanya menuntut saya untuk mempertahankan pingat sahaja.

“Saya sedar, pada saingan itu rata-rata atlet yang mengambil bahagian adalah terbaik. Jadi, saya hanya melakukan angkatan bersih pada kejuaraan itu.

“Hasilnya saya berjaya dan berbangga dengan pencapaian ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jurulatih dan semua pihak terlibat,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, Bonnie turut mengakui kejayaan itu adalah penutup terbaik bagi tahun 2021 sebelum memulakan misi pada Sukan Para Komanwel dan Sukan Para Asia 2022 nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI