fbpx

Peniaga diingatkan jangan naik harga sebab VTL darat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Hairul (tiga dari kiri) memantau jualan murah sempena Jualan Keluarga Malaysia di Pasar raya Econsave Taman Daya, Johor Bahru hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Peniaga khususnya di sekitar bandar raya ini diingatkan agar tidak menaikkan harga barangan jualan sesuka hati susulan pembukaan sempadan antarabangsa Malaysia-Singapura melalui inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Mohd. Hairul Anuar Bohro berkata, pihaknya akan melakukan pemantauan dan pemeriksaan secara berterusan bagi memastikan perkara itu tidak berlaku.

“Sekiranya berlaku kenaikan harga tinggi mendadak akibat pembukaan VTL darat itu, kita akan ambil tindakan segara dan tegas mengikut akta sedia ada, ini kita beri jaminan kepada pengguna.

“Jadi sekiranya ada, pengguna diminta untuk membuat aduan terus kepada kita,” katanya selepas menghadiri Program Jualan Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Johor, di pasar raya Econsave Taman Daya, di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN