fbpx

Penggiat pelancongan resah penularan varian Omicron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengusaha perniagaan jeruk di Pasar Chowrasta, Jalan Penang di George Town antara yang terkesan ketika sekatan PKP sebelum ini. - GAMBAR HIASAN.

GEORGE TOWN – Kes pertama varian Omicron yang dikesan di negara ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penggiat pelancongan di negeri ini memandangkan industri perhotelan baharu bernafas semula selepas rentas negeri dibenarkan.

Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Pulau Pinang, K. Raj Kumar berkata, pihaknya berharap kerajaan mengetatkan kawalan dan saringan di pintu masuk negara bagi mengelakkan penularan varian baharu itu.

“Bimbang memang ada, tapi kita sudah ada pengalaman sebelum ini dan namun kita tidak boleh ambil mudah kerana tidak tahu bagaimana seriusnya varian Omicron ini.

“Kalau semua pihak mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan kerajaan kawal dengan ketat saringan di sempadan, penularan varian ini akan dapat dikawal,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Varian Omicron yang dikatakan lebih ganas berbanding varian lain kini dikesan di negara ini melalui seorang pelajar bukan warganegara berusia 19 tahun.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, pengembara terbabit tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November dan telah menjalani ujian RT-PCR Covid-19 setibanya di pintu masuk utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Raj Kumar, penggiat industri pelancongan juga berharap kerajaan tidak akan menutup kesemua sektor ekonomi seperti yang pernah dilaksanakan sebelum ini susulan pengesanan varian tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI