fbpx

Masalah kewangan punca cuba terjun jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba berjaya mematahkan cubaan seorang lelaki terjun jambatan di Jalan Sungai Pegalan dalam kejadian petang semalam. -FOTO IHSAN BOMBA.

KENINGAU – Seorang lelaki diselamatkan selepas bertindak di luar kawalan apabila cuba terjun jambatan di Jalan Sungai Pegalan di sini petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, pemuda berusia 22 tahun tersebut dikatakan duduk di tepi jambatan berkenaan dipercayai untuk terjun ke dalam sungai.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.20 petang.

“Sepasukan 11 anggota dan pegawai bersama sebuah jentera serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikejarkan ke lokasi kejadian dan sebaik sampai mangsa sedang duduk di tepi jambatan berkenaan.

“Tindakan pantas anggota bomba berjaya menghalang dan menyelamatkan mangsa daripada terjun ke sungai,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke lokasi selamat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Hasil soal siasat, mangsa mengaku dia berasa kecewa dengan hidupnya kerana berdepan masalah kewangan,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI