fbpx

Kematian akibat Covid-19 bawah angka 20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan di bawah angka 20 dengan 17 kes, menjadikan jumlah kematian di Malaysia sebanyak 30,538 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Sebanyak empat kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), menjadikan kes BID sebanyak 6,181 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Kesemua kematian dilaporkan di Selangor (3), Sabah (2), Terengganu (2), Kuala Lumpur (2), Negeri Sembilan (2), Perlis (2), Sarawak (1), Johor (1), Melaka (1) dan Kelantan (1) serta tiada kematian di Kedah, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Terdapat 62,486 kes aktif melibatkan 50,925 kes dikuarantin di rumah, 6,038 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,024 kes di hospital, 230 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 269 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI