fbpx

Jelajah NS: Hakimi bolot gelaran Raja Pecut dan Raja Bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hakimi (jersi hijau) berjaya mendominasi saingan peringkat kedua siri Jelajah NS hari ini.

PELUMBA muda pasukan Terengganu, Muhamad Hakimi Haiqal Ahmad Sabri terus membuktikan kelibatnya wajar digeruni selepas merangkul gelaran Raja Bukit dan Raja Pecut pada peringkat kedua Kejohanan Berbasikal Jelajah Negeri Sembilan (NS) 2021 petang tadi.

Selepas meraih gelaran Raja Pecut pada peringkat pertama semalam, laluan sejauh 156.9 km dari Bandar Sendayan menuju Rembau yang dilalui semua plumba hari ini dengan cabaran utama pendakian Bukit Miku antara halagan utama yang perlu ditempuhi.

Hakimi berkata, kesukaran pastinya apabila melalui laluan Bukit Miku tetapi masih berjaya diatasinya dengan mencatur strategi sehingga boleh meraih jersi Raja Bukit.

“Hari ini cabaran utama sudah tentu laluan Bukit Miku tetapi berkat usaha dengan strategi yang diterapkan rakan sepasukan akhirnya membuahkan hasil,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, perebutan jersi Kuning pada peringkat kedua dimenangi Muhd. Afiq Iskandar Hisyam dari pelumba pelapis Majlis Sukan Negara (MSN).

Kata Afiq, perlumbaan peringkat kedua sememangnya mencabar selepas mendapat tentangan dari pelumba lain namun keyakinan dan fokus antara faktor yang membantu dirinya meraih keputusan positif hari ini.

“Selepas menempuhi hampir 90 km dan melepasi Bukit Miku, saya terus fokus untuk menamatkan perlumbaan walaupun sedar pada awalnya ia bukan mudah untuk dilaksanakan. Kini tumpuan akan diberikan pada perlumbaan terakhir esok,” katanya.

Sementara itu, tempat kedua pula menjadi milik Muhammad Faisal Izuddin dari pasukan Terengganu dan Chiang Jia Cheng dari pasukan Kuala Lumpur ditangga ketiga. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI