fbpx

Dua cabaran getir menanti Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
XAVI (tengah) mengendalikan sesi latihan terakhir Barcelona menjelang aksi bertemu Betis malam ini sebelum turun berentap dengan Bayern minggu depan. – AFP

BARCELONA – Ketua jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez berdepan dua tugas sukar yang dilihat mampu menentukan kedudukan gergasi Sepanyol itu dalam saingan La Liga dan Liga Juara-Juara musim ini.

The Catalan akan melayan kunjungan pasukan tangga kelima, Real Betis di Stadium Camp Nou malam esok sebelum bertandang ke Allianz Arena untuk aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich pada 9 Disember ini.

Bagaimanapun, Xavi enggan terlalu memberikan fokus kepada Bayern kerana Betis juga mempunyai kelebihan tersendiri, apatah lagi lawan itu memiliki kelebihan empat mata ke atas mereka yang kini menduduki tangga ketujuh.

Justeru, legenda Barcelona itu menganjurkan sesi makan malam pasukan bagi memastikan para pemainnya tidak tertekan menghadapi dua perlawanan penting tersebut.

Malangnya, Barcelona terpaksa turun untuk perlawanan menentang Betis tanpa keha­diran ramai pemain utama termasuk Ansu Fati, Sergi Roberto, Martin Braithwaite, Pedri dan Sergio Aguero.

Sementara itu, bintang vete­ran Betis, Joaquin mendedahkan, mereka mahu merosakkan mood Barcelona selepas berpesta gol membelasah Alicante 4-0 pada pusingan pertama Piala Raja-Raja Sepanyol kelmarin.

“Kami tidak kisah bertemu Barcelona kerana kami berbekalkan semangat yang tinggi selepas menang ke atas Alicante. Kami akan cuba sedaya-upaya untuk memberikan mereka lebih banyak masalah dan membawa pulang tiga mata berharga,” katanya.

Keyakinan itu hadir selepas Joaquin, 40, muncul pemain pertama daripada lima liga utama di Eropah yang berjaya menjaringkan dalam 21 musim berturut-turut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN