fbpx

Digertak ada tunggakan cukai, jururawat masuk jerat scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JEMPOL – Seorang jururawat terpaksa berputih mata apabila kerugian RM6,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang mendakwa wanita itu mempunyai tunggakan cukai.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, mangsa yang berusia awal 20-an menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Ravi daripada Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cyberjaya pada pukul 2.37 petang kelmarin.

“Mangsa dikatakan mempunyai tunggakan cukai sebanyak RM58,500.82 dan panggilan itu merupakan notis terakhir, jadi wanita itu perlu menjelaskan bayaran tersebut sebelum pukul 4 petang.

“Mangsa telah menjelaskan mangsa tidak mempunyai tunggakan cukai, namun pemanggil memaklumkan kad pengenalan didaftarkan bagi sebuah syarikat di Kota Bharu pada 25 Ogos 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Chang Hook, pemanggil ada bertanyakan mengenai akaun bank mangsa dan meminta menukar kata laluan.

“Semakan mendapati wang dalam akuan milik mangsa berkurangan RM6,000 sebelum membuat laporan di Balai Polis Bandar Sri Jempol semalam,” katanya.

Sehubungan itu, Chang Hook menasihatkan, orang ramai diminta untuk lebih berhati-hati dan tidak melayan sebarang panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali serta terus merujuk ke agensi yang didakwa pemanggil bagi mengelak menjadi mangsa Macau Scam. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI