fbpx

Buruh Indonesia maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal dinaiki Abdul Rahman yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 130 Jalan Kuala Terengganu - Kuantan berhampiran Sekolah Kebangsaan Meraga Beris, Kijal,Kemaman semalam.

KEMAMAN – Seorang buruh warga Indonesia maut selepas motosikal dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Perodua Axia di Kilometer 130 Jalan Kuala Terengganu – Kuantan berhampiran Sekolah Kebangsaan Meraga Beris, Kijal di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.15 petang itu, mangsa, Abdul Rahman Abdullah, 63, meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, Abdul Rahman dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Meraga Beris dari Chukai di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggangi mangsa dikatakan tiba-tiba mengubah haluan untuk memasuki lorong kanan.

“Kereta Perodua Axia dipandu seorang wanita berusia 35 tahun yang berada di belakangnya gagal mengelak lalu merempuh motosikal dinaiki mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, impak daripada rempuhan itu menyebabkan Abdul Rahman tercampak ke laluan bertentangan.

Beliau berkata, mayat lelaki warga emas itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI