fbpx

Balai Polis Setapak ditutup seminggu akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Balai Polis Setapak yang ditutup seminggu.

KUALA LUMPUR – Balai Polis Setapak ditutup selama tujuh hari selepas beberapa pegawai yang bertugas di balai tersebut dijangkiti Covid -19.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, penutupan balai itu bermula hari ini sehingga Jumaat depan.

“Langkah menutup sementara balai dilakukan ekoran beberapa pegawai telah dijangkiti Covid-19. Ini bertepatan dengan arahan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam usaha mencegah penularan Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Namun begitu, menurut beliau, perkhidmatan polis di bawah pentadbiran Balai Polis Setapak  seperti rondaan cegah jenayah, Unit Rondaan Bermotorsikal dan elemen lain dalam polis berjalan seperti biasa.

“Bagi urusan pengeluaran permit, orang ramai diminta ke balai polis berhampiran di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju,” ujarnya.

Masyarakat khususnya di bawah pentadbiran Balai Polis Setapak yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Hotline Polis Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI