fbpx

Amaran ribut petir di Sarawak pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Sarawak pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, ia membabitkan kawasan Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu, dan Miri (Subis dan Miri) sehingga pukul 12 tengah hari.

“Dalam pada itu, hujan berterusan turut diramal hampir di semua negeri di semenanjung melibatkan Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah dan Perlis,” katanya.

Sementara itu, amaran terus diingatkan bagi penduduk di pesisiran pantai agar terus peka dengan keadaan cuaca semasa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI