fbpx

9 pelajar tahfiz di Melaka positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MELAKA – Seramai sembilan pelajar Sekolah Menengah Tahfiz Al Quran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Chenderah, di sini didapati positif Covid-19.

Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut beliau, ini merupakan institusi pendidikan kedua yang merekodkan jangkitan virus berkenaan selepas seorang pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Selandar positif Covid-19 pada 1 Disember lalu.

“Sembilan pelajar Sekolah Menengah Tahfiz Al Quran JAIM Chenderah disahkan positif Covid-19,” katanya ringkas. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI