fbpx

18 pelajar di Perak positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Saarani Mohamad

IPOH – Sebuah lagi sekolah di Perak merekodkan kes Covid-19 susulan 12 pelajarnya disahkan positif virus berkenaan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kesemua pelajar sekolah di Selekoh, Bagan Datuk itu kini menjalani kuarantin di asrama.

Katanya, data terkini itu menjadikan jumlah pelajar di Perak positif Covid-19 adalah seramai 18 orang selepas Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah (SAS) merekodkan enam pelajarnya positif virus sama.

“Memang berlaku jangkitan Covid-19 kepada pelajar sekolah terutama sekali bagi sekolah-sekolah berasrama penuh, tetapi mereka telah diasingkan dan dikuarantin di asrama masing-masing.

“Diharapkan, mereka yang dikuarantin ini segera pulih sebelum dibenarkan pulang untuk cuti sekolah akhir tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sidang Dewan Belia Perak, Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Belia Ke-3, Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Sementara itu, ditanya sama ada terdapat sekolah ditutup ekoran kes berkenaan, Saarani memberitahu, tiada sekolah di negeri ini ditutup susulan penularan virus itu dalam kalangan pelajar. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI