fbpx

Yeri sedia dikritik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YERI

ANGGOTA kumpulan Red Velvet, Yeri terbuka dan sedia dikritik selepas mengambil tindakan memberanikan diri menyahut cabaran terjun ke dunia lakonan.

Kata Yeri, dia perlu terbuka dan menerima apa sahaja kritikan dan teguran ramai selepas bersetuju menerima tawaran lakonan yang tidak pernah difikirkannya sebelum ini.

“Memandangkan ini kali pertama saya melakukan kerja seperti ini, saya mula siapkan diri seawal mungkin dan tidak sangka sambutannya amat baik.

“Kalau saya berani terima, kenapa saya tak berani untuk dikritik dan ditegur,” katanya.

Mengulas mengenai drama perdananya, Mint Condition, Yeri menyifatkan, lakonan dan nyanyian sungguh jauh berbeza.

“Salah satu daya tarikan terbesar lakonan ialah anda boleh mencapai hasil yang diinginkan. Walaupun sukar dari segi fizikal dan mental, saya tetap terus berusaha dan seronok.

“Saya sangat suka genre seram, jadi kalau ada peluang, saya nak terus mencuba selepas ini,” katanya.

Untuk rekod, Yeri atau nama sebenarnya Kim Ye-rim, 22, memulakan debut bersama kumpulan Red Velvet sejak 2015 ketika berusia 16 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI