fbpx

SOP PRN Sarawak diperingkat akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bercakap pada sidang akhbar khas di kementeriannya di sini, hari ini. - FOTO: FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Prosedur operasi standard (SOP) bagi penganjuran Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan diadakan pada 18 Disember ini sudah diperingkat akhir.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pada masa ini, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperhalusi beberapa perkara untuk dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“SOP sudah hampir siap dan KKM sedang perhalusi satu dua perkara untuk kita kemukakan kepada SPR. Sudah pasti dengan perkembangan terbaharu (varian Omicron), mestilah diambil kira.

“Ini supaya SOP yang dikemukakan kepada SPR dilihat lebih ketat untuk memastikan tidak ada penularan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu media melaporkan, PRN Sarawak Ke-12 akan diadakan pada 18 Disember ini dengan hari penamaan calon pada 6 Disember. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI