PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat serta ribut petir di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah malam ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, ia membabitkan kawasan Kapit (Kapit dan Bukit Mabong), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang di Sarawak yang dijangka berlaku sehingga pukul 9 malam hari ini.
“Selain itu, di Sabah turut diramal mengalami cuaca buruk yang sama melibatkan kawasan Pendalaman (Sipitang dan Beaufort),” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, orang ramai khususnya yang pulang bekerja dinasihatkan agar menyediakan payung atau mengenakan pakaian baju hujan serta kekal berwaspada dengan amaran cuaca terkini. – K! ONLINE