fbpx

PRN Sarawak: GPS pertaruh 24 muka baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GPS mengumumkan untuk meletakkan 82 calon di kesemua DUN Sarawak pada PRN kali ini.

KUCHING- Gabungan Parti Sarawak (GPS) menggunakan ‘resepi’ baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak apabila memperkenalkan 24 muka baharu sebagai calon gabungan parti itu.

Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pencalonan itu dibuat susulan gabungan parti tersebut mahu memperkenalkan politik ala Sarawak kepada muka-muka baharu khususnya orang muda.

“Kita juga kenalkan beberapa muka baharu yang berumur antara 30 hingga 40 tahun kerana percaya mereka ini akan sama-sama kita latih dan dedahkan dengan politik ala Sarawak.

“Pendedahan kepada golongan muda dibuat kerana mereka ada cara sendiri, ada umur 30 tahun, wanita ada umur 32 tahun, kita letakkan orang muda yang ada latar belakang berlainan,” katanya pada majlis pengumuman calon GPS di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini tadi.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata, GPS akan meletakkan calon di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada PRN kali ini.

“Kita memberikan watikah pada calon yang telah kita tapis dan calon-calon itu diletakkan di seluruh DUN yang ditandingi, kita akan bertanding di 82 kerusi.

“Saya percaya bahawa barisan calon kita adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan juga boleh menjalankan tugas sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing,” ujarnya.

Pada PRN Sarawak lalu, gabungan empat parti tempatan terbabit yang masih bernaung di bawah Barisan Nasional (BN) ketika itu memenangi 72 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

Bagaimanapun, gabungan parti tersebut mengambil keputusan untuk keluar daripada BN dan menubuhkan GPS pada 2018. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI