fbpx

Prestasi SDG negara masih baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa

PUTRAJAYA – Walaupun berhadapan dengan cabaran wabak Covid-19, prestasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) untuk Malaysia sepanjang tahun lalu adalah masih lagi baik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed namun berkata, terdapat 41 indikator terjejas akibat krisis kesihatan yang juga melanda seluruh dunia.

“Berdasarkan daripada keseluruhan 146 indikator, sejumlah 49 indikator atau 34 peratus yang bertambah baik dan 34 indikator tidak berubah,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Baki 22 indikator lagi merupakan perkara yang tidak boleh diukur dengan statistik dengan laporan pertama sudah dikeluarkan pada 2018 lalu melibatkan pada ketika itu hanya 99 indikator.

Sebanyak 247 indikator dipersetujui dan diterima pakai Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi mengukur tahap pencapaian SDG yang diperakui 192 negara anggota pada 2015 lalu.

SDG menjadi panduan kerajaan untuk merangka dasar bagi memastikan masa depan yang mampan meliputi segala cabaran pembangunan termasuk ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Mengulas lebih lanjut, Mustapa berkata, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memainkan peranan dalam membangunkan indikator SDG peringkat nasional selain penyediaan laporan.

“Sistem Pemantauan Kemajuan SDG Nasional atau SDG Dashboard juga direka oleh DOSM pada 2019 sebagai wadah komunikasi indikator SDG dengan paparan interaktif,” katanya.

Antara indikator bertambah baik tahun lalu ialah kualiti udara dan air, penurunan kes jenayah dan insiden kematian pekerja, lonjakan penggunaan internet dan wanita dalam pengurusan.

Bagaimanapun ujarnya, antara indikator merosot pula ialah kadar Keluaran Dalam Negara Kasar, trafik penumpang di lapangan terbang, kemiskinan mutlak dan bilangan pengangguran.

Keadaan semasa pandemik Covid-19 jelasnya, turut memberi cabaran kepada negara dalam mencapai kesemua indikator digariskan dalam Agenda SDG 2030 yang ditetapkan oleh PBB. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI