JAKARTA – Seorang wanita berstatus ‘ibu’ yang dirakam sedang memasak daging buaya tular di media sosial, lapor laman berita Suara.com.
Berdasarkan klip video yang dimuat naik dalam aplikasi Tik Tok menggunakan akaun @alinmojo itu, seorang wanita dilihat sedang memproses daging buaya untuk dijadikan lauk.
Wanita yang memakai baju berwarna merah itu bertindak menyiat kulit buaya dan memotong dagingnya kepada beberapa bahagian setelah bangkai haiwan itu dibersihkan di sungai.
Dia seterusnya memasak buaya tersebut dan kemudian memakannya.
Rakaman itu mendapat pelbagai komen netizen.
‘’Patutlah sudah tidak hantar mesej, ternyata kawanku (buaya) sudah dimasak,’’ kata seorang netizen.
‘’Bekas teman lelakiku berakhir tragedi, siap dibuang kulit. Patutlah semalam tidak aktif di FB,’’ kata netizen lain. – Agensi