PETALING JAYA – Aplikasi Tiktok dilihat telah berjaya menarik perhatian ramai pengguna dalam menghasilkan video pendek dengan penyuntingan yang mudah dipelajari.
Tidak terkecuali penglibatan dari anggota badan beruniform yang semakin aktif memuat naik video TikTok dengan paparan kandungan yang pelbagai di media sosial sehingga mengundang kepada tindakan tatatertib
Menerusi satu ciapan @My_CrimeWatch di laman Twitternya, katanya, bermain aplikasi TikTok ketika sedang bertugas dan menyarung uniform adalah satu perbuatan yang menyalahi budaya kerja.
“Tidak kiralah jika anda dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan sebagainya.
“Apatah lagi jika anda menjadikan wajah orang kena pengawasan (OKP), orang kena tahan (OKT) atau suspek sebagai kandungan video,” ciapnya.
Rata-rata orang ramai kurang selesa melihat anggota beruniform yang bermain TikTok ketika bertugas dan tindakan sewajarnya perlu diambil sebagai peringatan tegas.
“Kau dah aibkan OKT tu satu hal, buat kandungan TikTok pun dah satu hal, tunggu sahaja kau kena tindakan tatatertib,” kata @Ramon Addy.
“Pantang betul aku tengok penjawat awam terutamanya yang sedang bertugas dan pakai uniform main TikTok dan buat kandungan begini, otak di mana,” kata @Rhea.
“Tidak bertanggungjawab, saman malu pada anggota terlibat,” kata @bungaaa. – K! ONLINE