fbpx

Ledakan Salah benam skuad The Toffees

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH (kiri) tampil luar biasa apabila menjaringkan dua gol ketika menewaskan Everton 4-1 di Goodison Park awal pagi semalam. – AGENSI

LIVERPOOL – Aksi derbi Merseyside ke-239 awal pagi semalam berakhir dengan kejam buat Everton apabila jentera serangan Liverpool tampil luar biasa dengan memecah satu lagi rekod hasil jaringan 4-1, kemenangan terbesar The Reds di Goodison Park sejak tahun 1986.

Dua jaringan menerusi Mohamed Salah dan masing-masing satu daripada Jordan Henderson dan Diogo Jota berjaya memastikan Liverpool muncul pasukan pertama pada saingan EPL menyumbat dua atau lebih gol dalam 18 perlawanan berturut-turut.

Liverpool telah menjaringkan 43 gol dalam 14 aksi EPL musim ini dengan purata tiga gol setiap perlawanan selain menduduki tangga ketiga carta liga dan meledak 10 gol lebih banyak berbanding pendahulu liga, Chelsea dan 14 gol terhadap Manchester City di tempat kedua.

Salah pula meneruskan sentuhan luar biasa dengan dua jaringan pada aksi tersebut, sekali gus mengumpul 19 gol dalam semua kejohanan musim ini.

“Salah nampak marah selepas perlawanan itu. Dia mahu menjaringkan gol ketiga. Saya tidak mengambil mudah perkara itu. Jaringan keduanya, kamu perlu memaksa lawan melakukan kesilapan. Salah memberi tekanan kepada Seamus Coleman hingga melakukan kesilapan dan dia merampas bola sebelum menja­ringkan gol,” kata Klopp.

Sementara itu, kapten pasukan, Henderson memberitahu, prestasi Salah amat cemerlang dan tiada siapa yang mahu ber­aksi melawannya pada masa ini.

“Salah menyebabkan tugas saya menjadi mudah sebab kamu hanya hantar bola kepadanya dan dia mara ke depan serta menyumbatkan ke dalam gawang. Ia sangat luar biasa buat Salah,” Henderson. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI