fbpx

Hero Goblin, Gong-yoo baru ada Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GONG-YOO

LEBIH 20 tahun berlakon, aktor kacak Gong-yoo buat pertama kalinya membuka akaun Instagram rasmi untuk berkomunikasi dengan para peminat.

Bagaimanapun, menerusi entri pertama yang dimuat naik, aktor yang terkenal menerusi filem zombi Train To Busan itu turut menimbulkan pelbagai spekulasi.

Hantaran pertama tersebut memaparkan sekeping foto makanan berupa sejenis menu sotong yang sudah dimasak dan dihidangkan dalam mangkuk.

Foto tersebut tidak disertakan dengan sebarang kepsyen dan rata-rata menyifatkan pelakon itu bakal kembali membuat penampilan dalam siri asal Netflix, Squid Game musim kedua tidak lama lagi.

Susulan entri tersebut, agensinya, Management SOOP turut mengeluarkan satu kenyataan rasmi.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa menyokong Gong-yoo.

“Ya memang benar dia membuka akaun rasmi miliknya. Akaun tersebut diurus secara rasmi oleh kami dan kamilah yang uruskannya,” katanya yang turut memberitahu

Gong-yoo sudah mempunyai lebih daripada 500,000 pengikut tidak sampai dua jam Instagramnya dibuka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI