fbpx

Fatia artis global TikTok pertama dari Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGARUH besar yang diraih Fatia dalam TikTok menjadikan dirinya artis pertama yang disunting platform perkongsian video pendek tersebut yang boleh diketengahkan ke pentas global.

PLATFORM TikTok yang menjadi destinasi video pendek mudah alih kian melebarkan sayap dalam industri muzik dengan mengumumkan artis global pertama dari Malaysia bernama Fatia.

Baru muncul dengan single sulung berjudul, My World Too, wanita muda yang dikenali sebagai sebagai @thisisfatia dalam TikTok itu.

Menerusi TikTok penyanyi asal Kuala Lumpur itu meraih pengikut menerusi video duet nyanyiannya.

Dibesarkan dalam persekitaran irama pop, rock klasik dan muzikal, bakat muzik Fatia, 21, telah diasah sedari usia muda.

Dia mendapat galakan penuh daripada ibu bapanya dan mula menyedari bakat semula jadinya semasa membuat persembahan koir dan pengucapan berirama di sekolah menengah.

Alunan suaranya yang lembut, namun bertenaga dalam video nyanyian semula yang dirakam hanya di bilik tidurnya telah menarik perhatian TikTok.

Dengan kekuatan vokal dan persona yang meriangkan, kehadiran Fatia dan komuniti TikTok terus berkembang setiap hari.

“TikTok telah mempelopori platform pencarian muzik, dengan membuka peluang terhadap penemuan ramai artis dan genre baharu.

“Kami amat teruja dengan kehadiran Fatia sebagai artis pertama di dunia yang bernaung di bawah TikTok.

“Ketika TikTok terus mencipta nama sebagai lubuk bakat muzik, kami juga komited untuk terus menyokong persada muzik tempatan serta memberi platform kepada artis berbakat seperti Fatia bagi mengetengahkan bakat mereka di mata dunia.

“Apatah lagi misi kami adalah untuk sentiasa membawa kegembiraan kepada komuniti melalui kreativiti serta ekspresi tanpa had,” kata Sheau Mei Cheah, Ketua Pemasaran Muzik Asia Tenggara TikTok.

Bercakap tentang My World Too, lagu berkenaan dihasilkan berdasarkan pengalaman Fatia sendiri yang mencari keberanian untuk membebaskan diri daripada pandangan masyarakat dan kembali menjadi lebih kuat daripada sebelumnya.

Diilhamkan oleh gaya vokal ratu pop seperti Taylor Swift, Ariana Grande dan juga artis Malaysia sendiri, Yuna, My World Too menyeru masyarakat untuk sentiasa menjadi diri sendiri serta berani mengukir perjalanan hidup masing-masing.

“Debut ini merupakan langkah pertama saya secara profesional dalam industri muzik dan saya teruja dengan apa yang menantikan saya. TikTok telah memainkan peranan penting dalam mengangkat bakat saya, justeru itu saya amat berbesar hati apabila menjadi artis pertama yang bernaung di bawah TikTok.

“Sejujurnya, saya memuat turun aplikasi TikTok semasa pandemik untuk mengekspresikan diri tanpa terlintas walau sedikit pun tindakan tersebut akan membawa saya sejauh ini! Saya sungguh bersyukur atas peluang yang diberikan,” ujat Fatia.

My World Too digubah dan ditulis oleh komposer lagu terkemuka negara, Aubrey Suwito yang juga telah menghasilkan karya klasik Malaysia seperti Gemilang serta Layarlah Kembali.

Lagu berkenaan menandakan kerjasama kedua Aubrey dengan TikTok, selepas pelancaran Perihal Dirimu pada awal tahun ini antara artis Malaysia, Haikal Farid dan Weswey (Indonesia).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI