fbpx

Empat penumpang cedera bas ekspres langgar belakang lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bas ekspres yang melanggar belakang sebuah lori menyebabkan empat penumpang cedera ringan Kilometer 310.5 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Gopeng awal pagi tadi.

GOPENG – Empat penumpang sebuah bas ekspres cedera selepas kenderaan terbabit melanggar belakang sebuah lori di Kilometer 310.5 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan awal pagi tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.30 pagi.

Menurut jurucakap tersebut, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng telah dikerah ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa.

“Setibanya di lokasi kejadian, kemalangan melibatkan sebuah bas yang melanggar belakang sebuah lori.

“Terdapat empat penumpang bas cedera ringan iaitu tiga wanita dan seorang lelaki.” ujarnya.

Anggota bomba bertindak memberikan rawatan awal kepada mangsa-mangsa seterusnya membawa mereka ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh menggunakan ambulans.

Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya manakala operasi yang diketuai PBK II Shaperi Saharuddin tamat sepenuhnya pada pukul 3.59 pagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI