fbpx

Catat kematian ke-6 tertinggi di Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETUGAS membawa jenazah pesakit Covid-19 ke perkuburan untuk dikebumikan. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Malaysia mencatatkan jumlah kematian pesakit Covid-19 ke-6 tertinggi di rantau Asia iaitu dengan 925 kes bagi setiap sejuta populasi di negara ini.

Setakat semalam, negara mencatatkan jumlah kematian terkini sebanyak 30,474 selepas seramai 49 lagi pesakit dilaporkan me­ninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19.

Menurut data di laman web Worldometer, Malaysia menduduki tangga ke-6 daripada 49 negara di rantau Asia dengan jumlah 925 kematian akibat di­jangkiti Covid-19 daripada jumlah sejuta populasi.

Di depan Malaysia ialah Georgia (3,064), Armenia (2,568), Iran (1,519), Lebanon (1,288) dan Jordan (1,124).

Berdasarkan rekod di Asia Tenggara, Malaysia merekodkan jumlah kematian tertinggi berbanding Indonesia (518), Filipina (436), Myanmar (348), Thailand (298), Vietnam (258), Brunei (219), Kemboja (173), Singapura (123) dan Laos (24).

Dalam pada itu, menurut laman web COVIDNOW, lima negeri mencatatkan pertambahan kes kematian Covid-19 untuk tempoh 14 hari sehingga kelmarin, dengan negeri tertinggi ialah Pahang yang meningkat sebanyak 64 peratus.

Empat lagi negeri merekodkan peningkatan ialah Kuala Lumpur (60 peratus), Johor (45 peratus), Kelantan (35 peratus) dan Perak (28 peratus).

“Secara keseluruhan di seluruh negara pula, kes kematian mencatatkan penurunan seba­nyak lapan peratus bagi tempoh 14 hari,” katanya.

Dalam masa sama, tiada kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam kelmarin.

Sebanyak 12 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dengan jumlah kes BID di Malaysia sebanyak 6,165 kes.

Kesemua kematian dilaporkan di Selangor (12), Perak (8), Sabah (7), Kelantan (5), Johor (4), Sarawak (4), Kedah (2), Negeri Sembilan (2), Melaka (1), Pahang (1), Pulau Pinang (1), Terengganu (1) dan

Kuala Lumpur (1) serta tiada kematian di Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan harian semalam menca­tatkan sebanyak 5,806 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 2,644,027 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW https://t.co/aIQttvCbIP. Data ha­ri­an laman CovidNow dikemas kini selepas tengah malam,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI