fbpx

Benitez kekal positif meskipun Everton dibelasah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENITEZ (kiri) akur tewas kepada Liverpool 1-4 pada aksi EPL di Goodison Park awal pagi semalam. – AGENSI

LIVERPOOL – ­Pengurus ­Ever­­ton, Rafael Benitez menegas­kan, ­prestasi skuad kendaliannya tetap ada berlaku peningkatan meskipun diaibkan dengan kekalahan 1-4 kepada Liverpool pada aksi derbi Merseyside di Goodison Park awal pagi semalam.

Kekalahan di laman sendiri tersebut menyaksikan The Toffees mengharungi lapan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) tanpa sebarang kemenangan.

Dua jaringan Mohamed Salah selain masing-masing satu gol oleh Jordan Henderson dan Diogo Jota pada minit ke-79 benar-benar memiliki kelas tersendiri.

Everton memperoleh gol sagu hati menerusi Demarai Gray yang mendapat umpanan daripada Richarlison, gol pertama pasukan selepas sebulan sebelum tamat perlawanan babak pertama.

Lebih malang, skuad bim­bingan Benitez hanya mampu mengutip dua mata daripada maksimum 24 mata bahkan gagal memenangi perlawanan derbi Merseyside dalam tempoh lebih 11 tahun.

“Saya fikir semua orang amat kecewa sekarang kerana kami sering kalah bahkan tewas pada perlawanan derbi ini.

“Namun, kami kalah disebabkan melakukan kesilapan ketika melawan pasukan hebat. Kamu lihat berapa banyak perbelanjaan dilakukan oleh Liverpool dan bagaimana mereka meraih kejayaan sejak tahun kebelaka­ngan ini.

“Bagaimanapun, saya akan kekal positif termasuk terhadap pasukan. Kami harus kembali untuk ke fasa awal,” kata Benitez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI