PETALING JAYA – Penduduk di Sarawak dan Sabah dinasihatkan untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa berhati-hati dengan amaran cuaca buruk pagi ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), amaran ribut petir itu melibatkan beberapa kawasan di Sarawak ialah Betong, Sarikei, Mukah dan Miri (Subis).
“Di Sabah, kawasan terlibat ialah Kudat (Pitas dan Kudat).
“Selain itu, keadaan cuaca buruk yang melibatkan dua negeri itu dijangka berterusan sehingga pukul 9 pagi hari ini,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE